Selasa, 20 Mac 2012


Dia sangat suka untuk menyedut udara yang segar serta melihat dedaun pohon ru yang kering gugur di tepi-tepian lorong pejalan kaki. Dia mengambil sebatang kayu yang panjang lalu menarik dedaun itu sambil berjalan di situ. Sesudah dia lama berjalan, dia memulakan latihannya. Perjalanan dia selama ini dikira sebagai pemanasan badan olehnya. Tangan kirinya melantun bola ke tanah lalu tangan kanannya membalas lantunan itu dengan tangkas. Melihat latihan Harry ini, tiada sesiapa pun yang yang akan katakan bahawa Harry merupakan seorang yang tidak pernah bermain bola keranjang kerana ketangkasannya itu amat baik sekali.Tiba-tiba seorang lelaki tua memakai jubah yang menutupi tubuhnya sambil menuntun basikal lalu di sebelah Harry. Harry tersentak apabila lelaki itu melepasinya. Kemudian lelaki itu pandang ke belakang dan melihat semula Harry. Harry tidak mengendahkan pandangan lelaki itu. “Ishk.... pandang-pandang! Tak habis-habis.....manusia zaman sekarang ni....pakai jubah pun boleh berbasikal! Marriey yang pakai seluar pendek dengan selesa pun nak berbasikal, pergi 5 metre lepas itu, jatuh juga!” bisik Harry bersendirian sambil menggelengkan kepalanya.

BAHAGIAN 2 :

            Tdok!  Tdok!  Tdok!.........Tdok! Tdok! Tdok!...... Bunyi ketukan pintu kedengaran di muka pintu rumah. Ms.Keen berjalan ke arah pintu lalu membukanya. Dia terlihat Marriey di muka pintu itu. “Oh! Marriey! Harry and Hetha was finding for you for a long time. Where have you been? Well! Come in!” ajak Ms.Keen. “Oh no.....I just came to meet Harry....I knew he was finding for me.... and it seems like he’s not in....I guess?” jawab Marriey. “Well.....no.....Harry went for his basketball lesson’s practices.....maybe at the Odiey’s.....that’s the only beach and place Harry visits all the time...” jawab semula Ms.Keen kepada Marriey. Marriey senyum lalu mengucapkan terima kasih kepada Ms.Keen yang telah banyak membantunya. Dia kemudian menuju ke ‘Odiey Beach’.

            Harry kelihatan sedang duduk di bangku panjang sambil meminum air kegemarannya iaitu susu penuh krim. “Jeremy, tidak baiklah untuk bersenam kemudian minum susu.... lemak yang dah terbakar itu mula muncul balik.... inilah natara sebabnya remaja zaman sekarang makin tidak sihat.” tegur Marriey yang telah jumpa Harry. Harry yang sudah kepenatan itu mendongak dan melihat muka Marriey dengan tiadanya perasaan lalu menurunkan semula kepalanya. “Ke mana kau dah pergi? Lagipun kenapa kau cakap macam ini? Bukankah aku dah biasa minum susu sejak busak kecil?” tanya Harry dengan suara yang senada lalu meminum semula susu itu. “Jeremy? Kau tidak teruja berjumpa dengan aku ke?” tanya Marriey untuk menjelaskan persoalannya. “Tak.......macam mana nak bergembira kalau orang yang berjumpa dengan aku ni bukannya Marriey?” tanya semula Harry sambil mengesat peluh di dahinya lalu cuba untuk beredar dari tempat itu. “Jeremy?....... Tuan.... tuan masih ingatkah? .......Tuan tidak mengapa? .........Ampun tuanku! Ampun aku jikalau aku bersalah!” kata Marriey sambil menyatukan kedua-dua tangannya di hadapan Harry. Harry menepikan tangan Marriey lalu sambung berjalan. “Kalau engkau rasa engkau bersalah, maka keampunanmu aku terima. Tetapi jikalau engkau cakap ini hanya sekadar untuk menyabarkan aku.....hmmh! Tak ada maknanya!” kata Harry lalu beredar dari tempat itu. Marriey berdiri terkaku di situ sambil merenung Harry yang tidak melayaninya dengan baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan