Isnin, 12 Mac 2012

HOLY HAUNTED

 
HOLY HAUNTED.
Pengenalan.
      TIGA BAYI LAHIR PADA HARI YANG SAMA. 31JULAI 1996 PADA MASA YANG SAMA. 23.59.59.06 DI LOKASI YANG BERBEZA. KETIGA-TIGA BAYI ITU AMAT ISTIMEWA TETAPI KEISTIMEWAAN DAN KUASA BAYI ITU TIDAK DISEDAR OLEH PUBLISITI ATAU ORANG RAMAI. TETAPI SEORANG WANITA TUA JAHAT YANG TINGGAL DI TEPI SUNGAI BERKATA BAHAWA KETIGA-TIGA BAYI INI AKAN MENIMPA MASALAH YANG AMAT BESAR DAN AKAN ADA SEORANG YANG DATANG UNTUK MENGANGGU........................................ MALANGNYA, WANITA ITU TIDAK DAPAT TINGGAL DI DUNIA INI LAMA LAGI KERANA USIANYA SUDAH MENCECAH 99 TAHUN. MEREKA BERTIGA DILAHIRKAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT YANG DITAKDIRKAN UNTUK MEREKA .
BAB 1
BAHAGIAN 1:


Harry, Harry Jeremy. Seorang pelajar di East Quinnster High School, England. Dia merupakan pelajar yang paling bijak di sekolahnya. Harry merupakan ahli kelas fizik dan kimia yang diminatinya. Dia merupakan rakan kepada Hetha dan Marriey Ann Flick. Hetha merupakan seorang pelajar yang minat menulis cerita novel yang diterbitkan oleh Marriey untuk sekolah mereka. Marriey pula merupakan pemberita dan penerbit sekolah yang terkenal. Kesemua surat khabar, majalah, dan buku Marriey amat disukai oleh pengetuanya. Oleh itu., pengetuanya menganugerahkan Marriey sebuah pejabat khas untuk menerbitkan beritanya.
            Pada suatu hari, ketika Marriey sedang duduk di pejabatnya di sekolah, Richard Flick iaitu adik Marriey meluru masuk ke dalam pejabat itu. “Marriey! Saya terdengar pengetua bercakap tentang awak. Katanya dia hendak mengantikan awak kerana sejak kebelakangan ini, awak tidak dapat menumpukan perhatian dalam kerjaya awak!” Marriey berdiri dan... “Apa? Mengantikan saya? Bagaimana dia...buat apa dia...how could she!” “Ya Marriey. Dia bercakap dengan Turner -budak yang tidak menyukai Marriey-, yang dia.....awak tahulah kan? Mesti Turner telah menjadi batu api” “Turner! Dia mesti nak merampas pangkat saya. Tahulah saya tak pandai, jadi biarlah saya buat kerjaya saya yang tidak menganggunya. Apa masalah dia nak ganggu saya uh?” Marriey berasa amat marah sehingga mukanya menjadi merah dan tangannya seperti sedang mengikat sesuatu -biasanya apabila Marriey berasa marah, dia akan berbuat begitu. Richard fahami perasaan kakaknya tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana hanya alam semula jadi dapat menenangkannya. Marriey memang merupakan seorang yang amat pelik. Ketika dia berusia 2 tahun, dia suka mencederakan dirinya dengan pisau yang kecil dan menikmati pengaliran darah itu. Ibu bapa Marriey telah mencuba sedaya upaya tetapi tidak dapat memberhentikan perbuatan Marriey yang pelik itu. Pada suatu hari, dia terdengar sebuah gereja membunyikan loceng , dan Marriey telah meraung dengan kuatnya seperti bunyi loceng itu sedang membunuhnya. Ketika dia berusia 9 tahu, dia telah memberhentikan melakukan segala perkara pelik itu. Tiada sesiapa yang tahu sebab dia melakukan begitu.


BAHAGIAN 2:


Hetha, seorang pelajar seni dan sastera. Dia sering mendapat nombor 1-3 dalam sekolahnya. Antara seni rekanya telah dipamerkan di ‘The Guinness Book of World Records’. dan kebanyakkan karya bukunya telah menjadi tarikan sekolahnya. Hetha amat menyukai untuk menulis cerita yang berkaitan dengan hidupnya seperti jalan hidupnya. Antara karyanya adalah ‘The Mosses of Life’, ‘No One to Care of Fair’, dan ‘Falling into The Heart of God’
            Pada suatu hari, dia sedang duduk di sebuah bangku di‘Fredick Holy Park’ dimana dikatakan dulu menjadi tanah perkuburan. Tiba-tiba sebuah bayang meliputi diri Hetha dan merasuknya untuk membunuhnya. “ Arhhgh!!!.......” bunyi hembusan nafas Hetha terdengar. Badannya berpeluh bagai baru dimandikan. “Nasib baik ianya hanya sebuah mimpi ngeri! Tetapi mengapa saya selalu mendapat hanya mimpi ini. Adakah saya sudah menjadi gila?” Ya. Betul kata Hetha. Sejak kebelakangan ini, dia sering bermimpi tentang perkara yang sama. Walaupun sudah bertahun berlaku begitu, tetapi dia tidak pernah terkifir panjang mengenainya.
            Hetha berjalan ke arah dapur untuk meminum segelas air. Kemudian, dia pergi ke bilik adiknya untuk menjenguknya. Hetha duduk di katil adiknya dan mengusap rambutnya lalu mancium dahinya. Hetha amat menyayangi adiknya kerana apabila dia berusia 9 tahun, dia sedar bahawa dia merupakan seorang anak tunggal. Dia telah menunggu selama 5 tahun untuk mendapat seorang adik lelaki. Selepas itu, dia melihat jam tangannya untuk mengetahui masa. “4.30a.m. Awal 30 minit sebelum masa saya biasa bangun. Takpelah!”Hetha mengemaskan katilnya lalu berjalan ke arah bilik mandi untuk mandi. Tiba-tiba dia tergelincir dan tangannya tercucuk paku. Dia menahan rasa sakitnya dan teruskan mandi. Setelah habis mandi, dia melihat lukanya tetapi luka itu  tidak kelihatan. Lukanya telah sembuh secara automatik. Hetha terkejut tetapi dia berasa bahawa ianya hanya ilusinya. Dia tetap melekatkan handplaster pada lukanya untuk melindungi dan menyembuhkannya.


BAHAGIAN 3:
Harry Jeremy dipanggil Harry. Dia sering diikuti oleh ramai pelajar perempuan kerana kesegakkannya. Dia merupakan seorang yang biasanya dikatakan cool. Tidak ramai orang yang dapat menjadi rakan Harry. Hetha dan Marriey bertuah dapat berkawan dengan Harry. Mereka tidak pernah berpisah walau sehari pun. Mereka akan berjumpa di taman setiap hari pada pukul 7 petang. Mereka akan berbasikal atau berjalan-jalan.
            Harry telah mendapat nombor 1 pada peperiksaan yang lepas. Harry sering dipuji oleh gurunya Ms.Keen yang sebenarnya merupakan ibu kepada Harry. Pada suatu hari, ketika Harry duduk di belakang rumahnya sambil bermain dengan anjingnya Roger. Hetha muncul sambil menangis. Roger berlari ke arah Hetha untuk bermain dengannya tetapi berhenti apabila ternampak Hetha berlari menuju Harry. Harry bertanya sebab Hetha menangis. Harry memeluk Hetha untuk menenangkannya sambil memejamkan matanya.
            Apabila dia mambuka matanya, dia perasan bahawa dia hanya sedang memeluk udara. Dia terasa bahawa dia hanya sedang bermimpi. Dia sambung untuk bermain bersama Roger.

SEPERTI YANG ANDA SEMUA TELAH BACA, MEREKA BERTIGA ADA MASALAH ROH –SPIRITUAL MISTAKES. TIADA SESIAPA YANG TAHU TENTANG PERKARA WALAU HARRY, HETHA, DAN MARRIEY TIDAK TAHU AKAN PERKARA INI. MEREKA FIKIR BAHAWA INI SEMUA HANYA ILUSI MEREKA. BUKU INI HARUS DIHAYATI DENGAN MEMBAYANGKAN SEGALA PERKARA INI BERLAKU KEPADA ANDA.
BAB 2:
BAHAGIAN 1:
Harry meluru masuk ke dalam pejabat Marriey. “Marriey. Mari ikut saya pergi ke makmal komputer! Hetha sedang menunggu untuk kita di situ! Jom!” Harry menarik Marriey keluar dari pejabatnya. Marriey ikut berlari dengan Harry untuk mengetahui apa yang menanti. “Harry, makmal mana ini? Makmal komputer di kiri awak!” kata Marriey untuk menyedarkan Harry apabila ternampak Harry berlari ke arah yang salah. “Oh! Ya! Terlupa pula saya!” kata Harry lalu membetulkan perjalanannya.
            Apabila Marriey sampai ke makmal komputer itu dia ternampak Hetha duduk di salah sebuah komputer dengan muka yang amat ceria. Apabila Marriey pula yang melihat muka pada komputer itu, mukanya berseri kambali. Dia berkata “Hari ini pada pukul 3 petang, kita akan berkumpul di ‘Fredick Holy Park’. Pastikan kamu berdua membawa recorder dan kamera. Saya akan memcatat apa yang perlu. Kita akan berbasikal ke ‘East BJackze Quinnster Street’ dan berjumpa dengan orang di situ. Sekarang saya pasti pengetua tidak akan melucutkan jawatan saya. Padan mukalah Turner itu nanti. He just wait and see! TURNER YOU ARE DOWN!!!” “Tetapi Marriey, bagaimana dengan Roger? Boleh dia ikut bersama?” tanya Harry. “Ikut suka hati awaklah” kata Marriey dengan memberi kebebasan. “Terima kasih Hetha!” ucap Marriey. “Sama-sama. Tapi bukan saya sahaja yang carikan berita ini. Malah Harry telah banyak membantu. Ucaplah terima kasih pada dia juga!” kata Hetha. Marriey pun mengucapkan  terima kasih kepada Harry dan mereka bertiga beredar dari situ ketika masa rehat menjelang.



BAHAGIAN 2:
            Apabila mereka dah sampai ke ‘East BJackze Quinnster Street’ di gereja yang berada di situ, Hetha terjumpa dengan seorang paderi yang berdiri diluar gereja sambil memegang sebuah buku bible. Marriey mendekati paderi itu dan mengucap... “Good evening. How are you?” “Good evening. Fine. Thanks for asking. May I help you my child?” tanya paderi itu. “Oh yes! Urm, actually, we are here to know about a case that happened in your church. We need some information for our school news.” cakap Harry. “About what?” tanya paderi itu sambil buat tidak tahu. “Its about the autictic girl who died three days ago.....” cakap Hetha dengan harapan yang paderi itu akan jawab. Tetapi paderi itu melihat muka mereka bertiga dan beredar dengan segera untuk memasuki dalam gereja. Marriey mengejar paderi itu dan menghalang jalanya. “Please, Father, we know all about the girl. We just want to know about the murder. We will do whatever it takes to know the secret.” “Alright kids. May god bless you... Rosalita the autistic girl... she hung herself in my church last Saturday. She was very weird on the day she hung herself... she couldn’t even celebrate her 12th birthday so peacefully on the day she died.” “Yoy mean she died on her birthday?” “Yes my son. How pity.” “Father, could you please show the place where she hung herself?” tanya Marriey agar paderi itu menunjukkan tempat dia meninggal. Paderi itu mengangguk dengan perlahan dan berjalan menuju ke pintu gereja. Dia membuka pintu dengan kuncinya. Apabila dia ternampak Marriey bersedia memegang kamera, dia berkata bahawa mereka perlu janji agar mereka tidka patut mengambil sebarang gambar.
            Sebelum Marriey dapat berkata apa-apa, Hetha mangangguk. Paderi itu dengan membuat bentuk salib,menbuka pintu gereja yang usang itu. Marriey menyembunyikan kamera di koceknya. Harry terkejut melihat gereja itu. Labah-labah berkeliaran. Terdapat juga seekor tikus yang lalu di bawah kaki Hetha. Kawasan di situ sunyi-sepi dan sungguh kotor. Terdapat tali yang tergantung pada siling gereja itu. Itu mesti tali yang Rosalita gantung dirinya. Marriey dalam diam, mengambil gambar yang dilarang oleh paderi itu.  Dia tidak memberitahu apa-apa pada Harry dan Hetha.



BAB 3:
BAHAGIAN 1:


“Hetha lihat ini! Harry! Bagus tak? Kamu berdua rasa cikgu suka tak berita saya ini?” tanya Marriey kepada Harry dan Hetha. “Marriey! Kamu telah mengambil gambar di gereja! Kan paderi itu sudah melarang kita? Marriey... kamu telah lakukan satu kesilapan....” “Dan kamu akan menyesalinya!” kata Harry manyambung kata-kata Hetha. Mereka berdua membantah perbuatan Marriey. “Tidak mengapalah! Bukannya akan berlaku apa-apa pun!” kata Marriey sambil tidak menghiraukan kata-kata rakannya iaitu Harry dan Hetha.

            Setelah beberapa jam berlalu, Marriey berlari keluar dari pejabatnya ke kelas fizik Harry.... “I’m sorry for interrupting...may I meet Harry Jeremy please?” seketika kemudian, “Harry! You are dissmissed from this class today!!!” jerit Ms.Keen dengan marahnya apabila Marriey telah mengusik pembelajaran Harry. “Kenapa awak telah memanggil saya pada masa ini? Kerana awak! Kerana awak ibu saya...maaf Ms. Keen telah mengecualikan saya dari kelas buat kali pertama!” jerit Harry dengan marahnya apabila telah dikecualikan dari kelasnya. “Bersabar Harry. Saya ada sesuatu yang penting untuk ditunjukkan kepada awak! Ia tentang gambar yang diambil di gereja itu! Ada sesuatu yang tak kena......ia sangat........ sangat............................menakutkan!”  “Marriey! Cukup! Berhenti membebel, dan beritahu apa yang telah berlaku sebenarnya.” cakap Harry untuk menenangkan Marriey. Marriey menekap mukanya dam menarik nafas dengan lembut.” Lihat ini!” kata Marriey lalu memberikan gambar yang diambilnya di gereja kepada Harry. “ Kenapa? Ada apa di sini?  Kanapa dengan awak Marriey? Itulah, orang kata jangan ambil gambar, awak degil!”  “Uh? Bagi sini! Awak rabun ke?” tanya Marriey sambil menarik gambar itu daripada tangan Harry. Mata Marriey terbeliak sambil mulutnya ternganga. Marriey tidak dapat berkata apa-apa. Harry berasa amat hairan dengan perangai Marriey lalu bertanyakan sebab Marriey bersikap pelik. “Marriey, kenapa ni? Kenapa dengan awak? Are you fine?” “Bu....but tadi ada gambar yang lain!” “Gambar lain apa pula ini Marriey? Dah salah bawa gambar, kata gambar pula yang bersalah!” “Bukan! Tadi ada gambar tali yang Rosalita gantung dirinya bersama diri Rosalita sendiri. Darah bertumpahan di bawah lantai. Suasana di gereja itu amat sunyi-sepi tanpa sesiapa!!!” jerit Marriey sehingga suaranya terdengar di blok sebelah. Semua orang melihatnya macam Marriey telah dirasuk. Marriey dengan perasaan malu telah meninggalkan tempat itu.

BAHAGIAN 2:

            “Kenapa dengan awak Marriey? Awak tak demam kan?” tanya Hetha sambil berlari menuju Marriey yang sedang duduk termenung di Quinnster Park iaitu taman di sekolah mereka. “Uh? Rosalita, church autistic...” “Marriey! Are you fine?” tanya Hetha sambil mengoncang bahu Marriey. “Uh? Kenapa saya duduk di sini?” tanya Marriey setalah sedar daripada khayalannya. “Saya datang sini apabila ternampak awak jatuh dari pokok itu!” Marriey mendongak dan melihat muka Hetha dengan pelik. “Jatuh? Saya? Apa yang awak cakap ni? Saya mana pandai panjat pokok epal itu?” kata-kata Marriey terhenti apabila tersedar darah mengalir dari bawah rambutnya ke bulu keningnya. Marriey menyentuh kepalanya dan melihat tangannya penuh dengan darah. Hetha termegap-megap. “Oh Marriey awak tercedera! Awak perlu berjumpa dengan Harry. Dia ada kunci peti kecemasan! Mana dia? Oh ya! Kelas Fizik!” kata Hetha lalu membuka langkah untuk pergi ke kelas Fizik. Tapi terhalang oleh Marriey. “Harry tiada di kelasnya....he is dismissed from the class today.....no need to call him.” kata Marriey perlahan sambil titisan air mengalir di pipinya. Marriey jatuh terduduk bersimpul. Dia menekap muka dengan tangannya lalu menangis. “Eh! Kenapa dengan awak ni? Kenapa awak  nangis?... Awak tidak apa –apa?” tanya Hetha lalu mengalihkan rambut Marriey dari mukanya perlahan-lahan.

            Dia menarik tangan Marriey dari mukanya dan meneliti muka Marriey. Marriey terus pandang bawah dam menangis. Hetha mengelap air mata Marriey dan mengusap rambutnya. “Marriey......” Hetha menyandarkan Marriey di dadanya dan sambil memeluknya dan berkata “Marriey......saya tidak tahu apa yang sedang awak alami. Tetapi saya tahu bahawa awak dalam kesakitan” Marriey berdiam diri. Tidak lama, dia mengangguk dan berkata ya. Sebentar kemudian, Marriey bangun lalu mengesat air matanya. Marriey berkata “I’m sorry Hetha.” “But why?” tanya Hetha. “I’m sorry. Your time is wasted by caring about me.” kata Marriey dengan perlahannya. “Oh yes! I forgot about my art class! I have to leave. And Marriey. You have to meet Harry immediatly. Alright? Bye-bye. Take care now!” kata Hetha lalu beredar dari tempat itu. Marriey duduk sambil menahan rasa sakitnya. Dia berfikir tentang perkara yang telah berlaku dan sebabnya. Marriey berasa amat tegang. Tiba-tiba angin tiup sepoi-sepoi. Fikiran Marriey tenang. Dia baring atas rumput dan melihat pokok epal yang dikatakan dipanjatnya itu.

BAB 4:

BAHAGIAN 1:

            “Hetha, awak nampak Marriey tak?” tanya Harry. “Marriey? Tidaklah Harry! Kenapa? Ada masalah ke?” tanya Hetha sambil membuka lokernya. Dia memasukkan bukunya dan mengeluarkan kit lukisannya. Harry melihat jamnya sambil menyandarkan dirinya di loker sebelah. Hetha mengunci lokernya lalu meneliti muka Harry. Harry mendongak dan melihat muka Hetha. “Apa? Hetha! Marriey tak ada! Dia tak datang ke sekolah ke?” tanya harry yang sedar bahawa Hetha sedang melihatnya dengan muka yang tertanya-tanya. “Tapi Harry, kalau Marriey tak datang, mesti Kitty dah datang ke rumah saya. Awak tahu yang mereka di asrama sekolah tidak akan benarkan Kitty menganggunya kalau dia tak datang ke sekolah.  Dan jika dia tidak hantar, ini bermaksud yang dia akan datang ke sekolah tak kira apa pun. Harry, mungkin Marriey datang lambat sikit kan?” tanya Hetha. “Tapi tak mungkin..... dah pukul 7.23 pagi. Lagi 7 minit kita akan masuk ke kelas. Hetha! Semalam awak kata dia jatuh dari pokok epal kan? Dia jatuh di mana?” tanya Harry “Dia jatuh di taman sekolah. Harry..... ada masalah ke?” tanya Hetha sambil menunggu untuk jawapan Harry. Harry melihat jamnya lalu menarik tangan Hetha... “Ikut saya!” Harry berlari ke arah taman sekolah dan apabila sampai, dia lepaskan tangan Hetha. Harry dengan segera berlari ke arah pokok epal itu dan ternampak titisan darah di bawah pokok itu. Hetha sampai dan berdiri tergamam. “Ya... itu merupakan darah Marriey. Kali terakhir saya melihatnya... dia terbaring di atas rumput di sini.” Pepatah itu keluar dengan perlahannya dari mulut Hetha. “Ada yang tak kena. Hetha...tolong saya...” kata Harry. “Of course!” kata Hetha. Harry berjalan mengekelilingi pokok epal itu. Tangannya terangkat dengan perlahan dan menyentuhi batang pokok itu. “Hetha....” tangan kirinya memanggil Hetha. Hetha terkejut melihat apa yang Harry tunjukkan. “Taklah! Tak mungkin! Ini tak mungkin perbuatan Marriey!” “Mungkin! Memang mungkin Hetha.” kata Harry lalu melihat muka Hetha. Apa yang mereka berdua telah lihat, amat mengejutkan. Terdapat cakaran tangan berjari lima yang juga berkuku panjang kira-kira 1.5 cm panjang. Cakaran ini bermula dari bawah pokok dan berselang-seli sehingga ke hujung pokok epal yang besar itu. Baru-baru ini Marriey yang telah memanjat pokok itu. Tetapi tidak mungkin itu merupakan perbuatan Marriey. Mereka berdua berdiri dan melihat sesama sendiri.



BAHAGIAN 2:

            Masa rehat menjelang. Harry dan Hetha bertemu. “Hetha...” Harry berkata lalu menggeleng. “Marriey memang tak datang. Ms.Keen-ketua guru H.E.M yang berkata begitu.” Harry dan Hetha kesunyian ketika menjamu selera. Biasanya Marriey akan membebel tentang Turner atau salah satu beritanya atau tentang perkara yang lain. Tiba-tiba muncul “Hey! Nerdy! Where’s Mr.Newsey? Heeeyyy!!! Ma’m Potter! How are you? Want me to polish your potter glasses???” kata Jack Cowill sambil mengelilingi meja Harry dan Hetha duduk. Jack Hortemfort sebenarnya merupakan pembuli Hetha. Harry, dan Marriey. Harry digelar sebagai NERDY kerana dia merupakan seorang ulat buku manakala Marriey merupakan MS. NEWSEY kerana dia merupakan pemberita sekolah. Jack menganggap bahawa kerja itu amat membosankan. Kasihan Hetha. Dia digelar Ma’m Potter kerana cermin matanya yang bulat dan agak besar yang dipakainya. Tiba-tiba, Jack ternampak satu buah buku yang berwarna kuning di sebelah makanan Hetha. Tertulis ‘My Diary’ di atasnya. Hetha selalu membawa diarinya ke mana-mana agar dapat mencatat sebarang idea yang diperolehinya nanti. Jack dengan laju merampas buku itu. “Say...! what’s this? My diary?!? Lets see if there is anything about me or my boys. Boys....what do you say?” “GO FOR IT JACK!!!” kata seorang rakan dari geng pembuli itu. “Alright!”

Hetha bangun dengan segera untuk mencapai semula buku itu. Tetapi dihalang oleh budak pembuli yang lain. Mereka memegang kedua-dua tangan Hetha dengan kuat. Rom tersenyum melihat gelagat Hetha. Harry bangun dengan segera sambil tangannya diselitkan dalam kocek seluarnya. “Leave her alone and give me back the book!” jerit Harry. “Or else?...?” tanya Jack. Jack melihat buku itu satu muka surat demi satu muka surat. Tiba-tiba dia terhenti di satu muka surat dan tersenyum. “Well! It seems like there is no complaint about us guys. But...but there is something special about someone...! And it’s very serius!” kata Jack sambil melihat Harry dengan muka yang tersenyum lalu melihat muka Hetha. “No Jack! Don’t read that page! Please...I beg you...!”jerit Hetha sambil air matanya mengalir di pipinya. “Oh is it? Then I’ll read it aloud!” kata Jack dengan kurang ajarnya. “Noooo!!!” jerit Hetha lalu matanya tertutup setelah penglihatannya kabur. Tiada sesiapa yang sedar bahawa Hetha telah pengsan. Harry mengeluarkan sekeping foto dari koceknya dan tunjukkan kepada Jack. Muka Jack berubah... menjadi pucat dan menjadi merah akibat kemaluan. Kawan-kawan Jack yang lain mula ketawa. “Harry! Jangan!” jerit Jack sambil takut. “Baiklah! Bagi saya buku itu, lepaskan Hetha dan jangan kacau kami lagi. Kalau tidak...gambar ini akan berada di internet dan surat khabar sekolah. Okey?” “Okey! Okey! Apa sahaja yang awak cakap tapi jangan masukkan dalam internet dan surat khabar sekolah. Okey?” setuju Jack “Baiklah. Saya setuju.” kata Harry dengan coolnya. Harry memang bijak mengambil keputusan. Jack dan gengnya dengan segera meninggalkan tempat itu. Mereka kelihatan seperti pengecut ketika melarikan diri dari tempat itu. Hetha jatuh ke lantai. Ini mengejutkan Harry. Harry berlari ke arah Hetha dan duduk bersimpul. Dia menggoncangkan badan hetha dan memanggil namanya berkali-kali tetapi Hetha tetap tidak sedar. Harry bagai galah di tengah arus. Tetapi, dia berasa lega kerana Jack tidak akan menganggunya lagi. Harry melihat buku Hetha. Dia ingin membukanya tetapi dia terhenti “Tak..... saya tak boleh buka diarinya.....dia seorang penyimpan rahsia.” Harry terhenti di situ.

BAHAGIAN 3:

            “Uh! Uh??? Where am I? Why am I here?... What is going on...???...” Hetha sedar dari pengsanya tapi penglihatannya masih tidak jelas. Dia ternampak ibu bapanya di sisinya. Ternampak harry di hujung katil. Nampaknya dia sedang baring. “Awak di hospital. Awak pengsan semasa Jack buli awak. Mujurlah Harry telah menelefon kami. Harry amat baik hati.” kata ibu Hetha. “Ya, betul! Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada Harry. By the way, awak tidak mengapakah? Adakah awak rasa pening lagi Hetha?” tanya bapa Hetha dalam kerisauan. Hetha menggeleng tidak lama lagi doktor muncul. Dia berkata “Hetha sihat sahaja. Cuma, dia agak berada dalam keadaan terkejut. Oleh kerana itu, dia pengsan. Senarai ubat telah disimpan bersama ubat sekali di dalam beg itu. Anda cuma perlu membayar kos layanan di luar nanti. Tak perlu bayar kos ubat kerana dia merupakan kawan anak saya...” Memang betul. Harry merupakan anak kepada seorang doktor dan seorang guru. Patutlah dia amat menyukai bidang sains, fizik, kimia, dan matematik. Harry tersenyum mendengar kata-kata ayahnya. “Sekarang biarlah Hetha berehat sementara waktu.” kata ayah Harry. Semua orang telah keluar dari bilik itu kecuali Harry. Dia melihat muka Hetha dan menunjukkan buku yang berwarna kuning. “My diary!!!” jerit Hetha  sambil teruja lalu mengambil buku itu. Dia memeluk buku itu sekuat hati lalu senyum kepada Harry sebagai tanda terima kasih.







BAB 5:

BAHAGIAN 1:

            “Harry!” “Oh Hetha! How are you? Are you fine? Are you dizzy anymore?” tanya Harry yang baru bertemu dengan Hetha sehari selepas Hetha dimasukkan ke hospital. “I’m perfect! By the way, did you see Marriey?” tanya Hetha yang kerisauan akan rakannya. “No...” jawapan yang mengecewakan dikeluarkan dari mulut Harry. Hetha dan harry tidak pasti apa yang berlaku. Mereka bercadang hendak berjalan-jalan sementara menunggu loceng dibunyikan. Tiba-tiba cermin mata Hetha terjatuh ketika sedang melihat ke bawah dari tingkat 4 Blok B. Mujur, cermin mata itu jatuh ke atas linggokan rumput dan ia tidak mungkin pecah. “Alamak! Cermin mata saya! Ishk! Apa ni? Malang betul saya sejak kebelakangan ini!!!” kata Hetha dengan marahnya. “Bersabarlah He..He..etththth....” kata-kata Harry terberhenti. “Marriey! Marriey! Youre here!” jerit Harry sambil melambaikan tangan. “What?!? Marriey?” tanya Hetha. “But I couldn’t see anyone! Are you sure its Marriey?” tanya Hetha untuk mendapat kepastian. Harry mengangguk sambil tersenyum. Hetha bercadang untuk turun ke bawah untuk mendapatkan cermin matanya. Mungkin dia boleh lihat sama ada Marriey atau orang lain yang berada di blok sebelah itu.

Hetha mencapai cermin matanya lalu mengelap dan memakainya. Dia mendongak ke atas dan meneliti blok sebelah. Dia menaikkan keningnya kerana tiada sesiapa di situ. Dia menjerit kepada Harry dari bawah dan menyatakan bahawa dia tidak dapat melihat sesiapa. Harry menyuruh Hetha untuk naik ke atas untuk melihat dengan lebih jelas. Hetha pun melakukannya tetapi jawapannya tetap sama. Dia tidak dapaty melihat sesiapa pun. Harry menutup matanya dan apabila dia membuka matanya semula, Marriey tiada di situ. Baru apabila itu, dia sedar bahawa itu merupakan ilusinya. “Mungkin awak terlalu rindukannya...” kata Hetha lalu menoleh ke arah Harry. Harry mengangguk. Mukanya berubah menjadi sedih., risau, dan kecewa ,memikirkan rakannya itu.

Loceng pun berbunyi. Mereka masuk ke kelas masing-masing dan memulakan pelajaran mereka.

BAHAGIAN 2:

            “Hetha,awak tak balikkah?” tanya Nicole Felix –kawan Hetha dalam kelas seni. “Nantilah! Saya nak kemaskan bilik seni dulu. Berselerak betul! Awak balik dahululah!” kata Hetha. Dia membuang sampah dan surat khabar lama ke dalam tong sampah. Dia juga mengelap meja yang terdapat kesan warna air. Tiba-tiba Harry masuk dan tanya Hetha “Awak tak balik lagi kah?” “Nantilah! Saya nak kemaskan bilik ini sedikit. Awak tak balikkah?” tanya Hetha “Tak. Tadi saya nak buka kunci basikal dan saya ternampak kunci basikal awak tak terbuka. Jadi saya cari awaklah!” jawab Harry. “Eh, Harry! Saya tertanya-tanya, macam mana awak dapatkan semula diari saya dari pada Jack?” tanya Hetha. Harry memasukkan tangannya ke dalam koceknya dan mengeluarkan gambar yang sama yang dia telah tunjukkan kepada Jack. Muka Hetha berubah. Dia mula ketawa terbahak-bahak. Gambar yang Harry tunjukkan amat melucukan. Ia merupakan gambar Jack memakai lampin bayi semasa dia berusia satu setengah tahun. Dia tidak memakai apa-apa pakaian. Mulutnya yang yang comot dengan coklat telah disumbat dengan puting bayi. “Macam mana awak dapatnya?” tanya Hetha kepada Harry. “Ibu saya telah melawat ke rumah Jack untuk berjumpa dengan ibu Jack. Dan ibu Jack telah menunjukkannya kepada ibu saya. Bukan itu sahaja, malah ibu saya telah meminta gambar ini untuk ditunjukkan kepada saya.” kata Harry sambil ketawa.

            “Hei Hetha! Saya berasa amat peliklah. Kenapa awak tak mulakan persembahan Taekwondo awak semasa Jack membuli kita? Awakkan tali pinggang hitam tahap 2!” tanya Harry menyambung kata-katanya. “Awak tak ingatkah? Kali terakhir dia membuli kita sebelum ini amat menyakitinya. Dia yang membuli tapi saya pula yang kena dimarah!” kata Hetha menjawab soalan Harry. Betul kata Hetha. Kali terakhir Jack membuli Harry, Heth dan Marriey.....Hetha telah memberikannya beberapa tumbukan dan tendangan Taekwondo. Hidung Jack cedera dan Darah mengalir dengan begitu banyaknya. Pengetua telah memberi amaran kepada Hetha agar tidak mengunakan langakah Taekwondonya di sekolah lagi. Oleh sebab itu, perangai Hetha berubah menjadi lemah lembut yang amat berbeza dari dulu kerana dulu hetha merupakan seorang yang amat cool dan hiyyaa!!!

            “Harry, jom balik! Saya dah kemaskan bilik seni! Mesti cikgu akan sukakannya nanti. Awak tengoklah!” kata Hetha sambil tersenyum. “Memang pun! Amat bersih bilik ini. Oops! Hetha awak tertinggal bahagian di atas meja itu!” kata Harry. “Uh? Mana?” tanya Hetha sambil mencari tempat yang dikatakan oleh Harry itu. “Tak ada di mana-mana pun!” kata Harry  lalu ketawa terkekeh-kekeh. Hetha pun terketawa sekali. Harry dan Hetha pun balik ke rumah bersama-sama.

BAB 6:

BAHAGIAN 1:

            Hari ini merupakan cuti hujung minggu. Hetha dan Harry sepatutnya berjumpa Marriey yang tidak kelihatan selama satu minggu. Hetha menelefon Harry dan memberitahu bahawa dia akan berjumpa dengan Harry di persimpangan yang kedua di luar rumahnya pada pukul 11. 15 a.m kerana ibu dan adiknya telah pergi ke pasar pada awal paginya. Jadi Hetha perlu tunggu untuk mereka pulang ke rumah.

 Semasa dia sedang berjalan ke dapur untuk meminum air, tiba-tiba dia tergelincir dan jatuh kerana terdapat tumpahan air pada lantai. Penglihatan Hetha kabur kerana kepalanya terhantuk pada lantai dengan kuatnya. Hetha terpengsan akibat kejatuhannya itu. Tiada sesiapa pun yang sedar akan kejatuhan Hetha di dapur kerana Hetha sedang berseorangan di dalam rumah. Pembantu rumahnya juga telah mengambil cuti hari ini kerana hari ini merupakan hari jadinya.

Tidak lama selepas Hetha jatuh, kira-kira 17 minit kemudian,  ibunya dan adiknya sampai ke rumah. Ketika ibunya datang ke dapur melalui pintu belakang untuk meletakkan barang-barang yang telah dibelinya itu, dia terkejut melihat Hetha terbaring di atas lantai dengan kepalanya dilumuri dengan darah. Malah, dia telah menjerit dengan amat kuat akibat kejutan itu. Barang-barang yang dibawa oleh ibunya itu telah tergelincir dari tangannya. Dia berlari ke arah Hetha dengan segera. Dia melihat darah itu mengalir dari belakang kepala Hetha. Ibunya dengan segera menelefon dan memanggil ambulans lalu membawa Hetha ke sofa dan membaringkannya di situ. Ibunya telah cuba membangunkan Hetha tetapi percubaanya gagal. Beliau menelefon ayah Hetha dan memberitahu akan perkara tersebut. Ayahnya berkata bahawa beliau akan ke mari secepat mungkin. Ibu Hetha juga sempat menelefon Harry dan memberitahu berita ini kepada Harry. Harry juga berkata bahawa dia akan ke mari secepat mungkin. Harry menasihati ibu Hetha agar meletakkan sekepal kain lembap atas luka di kepala Hetha. Dia kata yang ini akan mengelakkan daripada kuman menjangkiti luka itu. Tidak lama ibu Hetha menunggu sebelum ambulans dan ayah Hetha sampai. Ketika itu, kelihatan Harry sedang duduk di sisi Hetha dan menjaganya bersama ibu Hetha dan ibu Hetha sedang menangis teresak-esak.

BAHAGIAN 2:

            “Urh...! Saya berada di mana ni?” Hetha bermonolog sendirian. Dia berasa amat lemah sehingga dia berasa amat susah dan penat untuk membuka matanya dan mulutnya. Dia sangkakan bahawa dia sedang diwadkan di hospital ayah Harry. Dia terdengar satu bunyi memetik jari. Tanpa disedarinya, seorang memasukkan satu pil ubat dalam mulutnya. Tidak lama kemudian, dia dapat membuka matanya dan mulutnya dapat berkata beberapa patah perkataan. “Uh...! Encik Jeremy?” suara Hetha kedengaran dengan amat perlahan. Dia mula syak apabila penglihatan kaburnya menunjukkan imej seorang memakai jubah yang menutupi seluruh tubuhnya sambil kepalanya ditutupi dengan hud hitam. Orang itu meninggalkan bilik sesudah Hetha menanyanya soalan sebegitu. “Manakah ibu...ayah...? Harry...?” tanya Hetha kepada seorang wanita yang sedang berdiri di sebelah Hetha. Wanita itu merenung Hetha. Mukanya pucat belaka. Tidak lama kemudian, Hetha cuba bangun untuk duduk bersandar pada katilnya tetapi, dia tidak dapat bergerak. “Apa sudah jadi? Saya sudah lumpuh kah?” tanya Hetha yang sudah mula kerisauan. “Mana ibu bapa saya? Mana Harry? Saya di hospital mana ni? Saya dirawat oleh siapa? Encik Jeremy?” Muka Hetha sudah menunjukkan bahawa dia rasa ada sesuatu yang tak kena. “Adakah.....saya sudah..........mati...?” Hetha mula mengeluarkan perasaan kebinggungannya. Dia mula rasa takut tetapi tangannya masih tidak dapat bergerak. Wanita yang berdiri di sebelahnya itu tidak bergerak sedikit pun. Dia bagaikan tubuh yang tidak mempunyai roh yang masih dapat dikatakan sebagai mayat ataupun patung. Tidak lama kemudian, wanita itu hilang tanpa disedari oleh Hetha. Hetha masih tidak boleh bercakap dengan jelas. Penglihatannya masih kabur. Tetapi ia adalah lebih baik daripada tadi. Semakin kabur penglihatan Hetha. Dia mula pengsan sekali lagi. “Arrrgggghhhhh!!!!!!” Hetha sedar daripada pengsannya. Dia mengalami mimpi ngeri tadi. Dia melihat sekitarnya. Dia memegang dahinya dan sedar bahawa kepalanya telah dibalutkan. Tangannya juga disuntik untuk mengisi darah. Dia tiba-tiba sedar bahawa ada seseorang sedang melihatnya. Dia melihat tingkap yang ada sebelah katilnya dan dia melihat pemandangan Fredick holy Park dan sebuah kerusi panjang yang selalu dimimpimya dihantui. Sedang dia asyik melihat tingkap itu, dia ternampak bayang-bayang seorang memakai hud di bawah lantai selaras dengan tingkap itu. Ini bermakna ada seseorang sedang berdiri di tingkap itu memerhati Hetha. Tetapi apabila Hetha melihat semula tingkap itu, tiada sesiapa yang sedang berdiri di situ. Ia seolah-olah orang yang sedang memerhati dia adalah halimunan. Dia mula menjerit memanggil ibu dan ayahnya. Ibu dan ayahnya meluru masuk dalam wad itu apabila terdengar suara Hetha itu. Harry pun turut ikuti ibu bapa Hetha. Hetha menunjukkan tingkap itu kepada ibu bapanya. Ibunya dengan segera memeluk Hetha dan menangis sambil berkata tiada apa yang akan berlaku.

BAB 7:

BAHAGIAN 1:

Hetha berjalan di koridor sekolahnya sambil membaca buku karya sendiri yang diminatinya. Ini merupakan kali ke5 dia membaca buku itu. Lukanya masih tidak sembuh. Terdapat plaster yang dilekat pada dahinya. Sudah hampir seminggu sejak peristiwa ngeri itu berlaku di hospital itu. Sehingga kini tiada apa-apa tanda mengenai kehilangan Marriey. Harry dan Hetha juga seolah telah melupai ketidakhadiran dia. Tiba-tiba Harry berlari menuju Hetha dan memegang kedua-dua belah bahu Hetha secara mengejut. Berdasarkan dengan tindakan itu tindak balas Hetha adalah untuk menjadi terkejut. Memang pun dia terkejut. Buku yang dipegangnya terjatuh. Harry meminta maaf dan terus menarik tangan Hetha yang sempat mencapai semula buku-bukunya yang terjatuh itu lalu berlari ke perpustakaan. Harry membawa Hetha ke satu sudut yang sunyi dan sepi di perpustakaan itu. Hetha terdiri kaku di perpustakaan itu. Tiada sesiapa di perpustakaan itu.

“Awak dah kenapa Harry? Kenapa awak bawa saya ke sini? Ada hal ke?” tanya Hetha sambil melihat sekelilingnya. Sungguh ngeri dilihatnya. Dia ternampak ada sebuah tingkap di sebelahnya. Tiba-tiba dia teringat peristiwa yang menimpanya di hospital itu jadi dia mengambil selangkah dua ke arah berjauhan dari tingkap yang ngeri itu. “Harry......kenapa awak berpaling muka daripada saya ini? Tengok saya......apa masalahnya? Awak sihat ke? Boleh saya pergi ke kelas seni saya? Saya dah terlambat ini...boleh ke Harry?” tanya Hetha berturut-turut untuk menerangi soalan yang sedang merayau di kepala otaknya. Harry yang sedang berpaling muka daripada Hetha pusing belakang dan mendongak untuk melihat muka Hetha. Hetha hampir terjerit melihat muka Harry yang amat ngeri itu. Muka Harry mempunyai urat-urat yang menonjol keluar dan Hetha hampir boleh melihat tengkorak Harry. Sebelum Hetha dapat berkata apa-apa, tiba-tiba Harry bertukar menjadi udara yang berwarna hitam dan pergi menerusi Hetha. Hetha terjatuh dengan bukunya sekali. Matanya terbuka dan dia tidak lagi bernafas. Dia bagaikan mayat di lantai itu. Udara hitam yang bagaikan asap kebal itu keluar melalui tingkap berdekatan dan terus lesap. Tiada sesiapa yang perasan akan peristiwa itu.



BAHAGIAN 2:

             Lelaki sama yang telah menganggu Hetha dalam mimpinya menunggu sesuatu sambil melihat tingkap biliknya. Tiba-tiba awan di langit bergerak dengan cepat dan langit bertukar gelap seperti taufan ingin menyerbu. Dia mendongak melihat langit yang bertindak itu. Dia kemudian melihat pantulan pada cermin tingkap yang memantul daripada belakang dirinya di hujung bilik yang sedang dia berehat. Dia ternampak seorang perempuan muda sedang terapung-apung di udara. Perempuan itu kelihatan seperti dia tiada kesedaran akan apa jua yang sedang berlaku.

Tiba-tiba udara kebal yang berwarna hitam keluar daripada tubuh perempuan itu dan seterusnya masuk ke dalam tubuh lelaki itu. Perempuan itu jatuh ke tanah sebaik sahaja udara itu keluar daripadanya. Kehentakkan dahinya yang masih luka  pada lantai telah menyebabkan dia sedar daripada pengsanya. Dia mengeluh kesakitan. Matanya masih tertutup, dahinya direngut kerana sedang melalui kesakitan yang amat. Tangannya perlahan mencapai luka tersebut. Dia mengesan bahawa tiada plaster yang terlekat pada dahinya. Dia kemudian membuka matanya dan melihat lelaki yang ngeri itu. Hetha bertindak terkejut. Dia mengundur ke belakang sambil terjerit sambil duduk bersimpul. Dia langsung tidak kisah akan lukanya apabila terlihat lelaki itu. Dia terhenti apabila belakang badannya terlanggar dinding.

“Awak...I mean...who are you? Where am I? Why am I...” kata-kata Hetha terhenti apabila lelaki itu mula berjalan menuju Hetha. Hetha makin ke belakang walaupun dia tahu bahawa tiada lagi tempat untuknya mengundur. Lelaki itu berkata “You......” dia menarik hembusan nafas yang panjang “You are not fit as I tought you were......... youre too raw to experience all this.........but now since you are here........you have fight till your last second at here.....” katanya perlahan agar Hetha faham. Tetapi Hetha merengut dahinya sebagai tanda tidak faham. “You will” jawab lelaki itu seolah-olah dia boleh membaca fikiran Hetha. Dia dengan segera menyentuh tangan Hetha dan kelibat Hetha bertukar menjadi udara kebal hitam seperti yang dikatakan tadi. Udara kebal hitam itu memasuk ke dalam badan lelaki itu. Dia berkata “She is too strong......” Lelaki itu berbisik bersendirian lalu lesap dalam udara yang jernih itu.







BAB 8: 

BAHAGIAN 1:

            “ Harry!” panggil Ms.Keen kira-kira 5m daripada kedudukan Harry. Harry menoleh ke belakang dan bertanya “Yes..... may I help you Miss?” Yes Harry.....I’m here to inform you that you have been chosed by your seniors......to be the basketball team leader.... are you fine with it?” tanya Ms.Keen. Mata Harry terbeliak. Dia hampir tidak boleh mengeluarkan suaranya kerana begitu terkejut. “But.... I can’t play basketball......I’m not the one.......why me?”tanya balik Harry kepada Ms.Keen. “I don’t know! But its good for you.... just accept it..” jawab Ms.Keen sambil menepuk bahu Harry lalu meninggalkan tempat itu. Harry mengangguk tanda kefahaman tapi mukanya menunjukkan bahawa dia masih dalam keadaan terkejut. Dia memanggil balik Ms.Keen dan bertanya “Ms.Keen! By the way......have you seen Hetha?” Ms.Keen menggeleng tanda berkata ‘tidak’. Harry dengan keadaan terkejut meneruskan usahanya untuk mencari Hetha yang tidak kelihatan selama dua hari.

Mom!!! I’m going out to practice. I’ll be back at 6.00 o’clock!” kata Harry di muka pintu depan rumahnya. Dia memakai baju dan seluar track berwarna kuning. Tangannya memegang bola keranjang. Nampaknya dia hendak berlatih bermain bola keranjang. Harry berjalan di lorong pejalan kaki di tepi pantai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan